Salam Dearies..
Ini bukan kisah Memey dan Norman Hakim mahupun berkaitan pembunuhan Dato' Sosilawati. But just bout my thoughts.
Ini bukan kisah Memey dan Norman Hakim mahupun berkaitan pembunuhan Dato' Sosilawati. But just bout my thoughts.
After watching Syurga Cinta on tv3 last night, I can't stop thinking about the '3 jenis jodoh' that syuhada's granpa mentioned about in the movie. I've never heard or came across of it before. As far as I know, 'jodoh' comes solely from Allah swt. So after a restless night sleep, i decided to google up on this matter. And so this is the result...
So I continued my search on the truth behind 3 jenis jodoh. As you can see, my search result mainly consists of blogs' review on the movie itself. After reading the reviews, i came across a very sensible point of view regarding the matter. You see, i don't really agree especially with the last part of the grandpa's opinion regarding 'jodoh dari Allah'. Let's recapture the exact script of syuhada's grandpa...
Atuk:Atuk pernah cakap yang jodoh itu terbahagi pada tiga.
Irham:Tiga?
Atuk: Yang pertamanya, yang dikatakan jodoh dari syaiton. Kamu berdua berkenalan, berpegangan tangan, dan terus buat maksiat, akhirnya Syuhada mengandung. Baru kamu menikah.
Yang keduanya, jodoh dari Jin.Kamu berdua berkenalan.Kamu sukakan Syuhada, tapi Syuhada tak sukakan kamu. Kamu bomohkan dan sihirkan agar Syuhada suka kepada kamu.Dan kamu berdua menikah.
Dan yang ketiganya,jodoh dari Allah. Kamu berdua berpandangan mata,terus menusuk ke kalbu.Kamu terus meminang Syuhada dan Syuhada terima pinangan kamu.Dan kamu berdua menikah. InsyaAllah berkekalan hingga ke akhir hayat. Dan itulah yang dikatakan SYURGA CINTA.
So from the dialogue, we can conclude that the atuk is trying to say that the third type of jodoh is also from lust. When it should be....
Dalam kaedah Islam, bertemu jodoh itu sepatutnya bermula dengan "pinangan" selepas istikharah tentunya. Baik, pinangan ini tak semestinya berasal dari "cinta berputik" apatah lagi bermula dari "berpandangan mata menusuk ke kalbu".
Pinangan yang menurut maksud agama, bermula dari "tujuan beragama" iaitu pernikahan adalah tuntutan agama, untuk mencari jalan halal berkeluarga, dengan mengikut contoh dari sunnah Rasulullah s.a.w semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. Ya, tujuan beragama, tujuan beribadah, tujuan berTuhan, semuanya kerana misi meraih redha Allah atau mardhatillah.
Inilah asal yang menggerakkan pinangan. Lalu siapa yang kita mahu pinang? Adakah meminang calon yang telah memutikkan cinta kita atau yang telah berpandangan mata dengan kita lalu menusuk ke kalbu? Salah, kita meminang calon yang sama-sama boleh bawa kepada tujuan asal kita tadi, mardhatillah tadi. Ya, calon beragama juga. Calon yang dirasakan mampu bawa kita kepada keredhaan Allah.
Ya, banyak saja asbab calon itu boleh bawa kita kepada keredhaan Allah, bukan saja kerana putik-putik cinta, atau tusuk-tusuk kalbu. Sebagai contoh, calon itu adalah baru memeluk islam atau berniat memeluk islam lalu memerlukan pembimbing agama, dan kita menawarkan diri untuk membimbingnya, lalu dipinang akan dirinya. Lihat, pernikahan ini tentulah boleh menjadi asbab kita meraih redha Allah kerana telah mengislamkan atau memimpin saudara baru ke jalan islam, satu-satunya jalan yang diredhai Allah.
Juga, mungkin saja calon itu seseorang yang berada dalam keadaan sulit, sebagai contoh janda anak lima katakan. Kita lihat di zaman nabi sendiri, pertolongan kepada janda-janda atau balu-balu mujahid adalah berupa pernikahan baru untuk mereka supaya muslimin dapat terus melindungi kaum muslimat dari kepayahan.Tentu sekali boleh menjadi asbab pada meraih keredhaan Allah.
Juga, calon itu boleh saja seorang gadis yang liar, untuk mudah memimpin kehidupannya, maka kita lamarnya dan sebagai suami kita membimbing langsung kehidupannya hingga akhirnya si gadis bertukar menjadi insan solehah. Boleh saja menjadi asbab kepada keredhaan Allah pada kita.
Juga, jika si calon adalah muslimat yang beragama, atau muslimin yang beragama, yang boleh membantu dan menyokong kita apada usaha agama juga, tentu juga inilah calon yang paling mudah untuk menjadi asbab kepada keredhaan Allah, kerana kita mungkin saja tak perlu berusaha membimbing pasangan kita, tetapi kita sendiri akan dibimbing.
Nah, sekarang adik-adik sudah faham apakah permulaan kepada peminangan? Maksud agama, tujuan agama itulah yang perlu sampai kepada kita dahulu. Barulah pernikahan kita itu dimulai dengan putiknya cintakan agama dan cintakan Allah.
Dan apakah sebenarnya Jodoh Dari Allah yang dipegang sekalian orang beriman?
Jodoh Dari Allah bagi orang-orang beriman adalah Datang Dari Istikharah. Jadi, dialog sebenar yang SEPATUTNYA dituturkan adalah,
Yang ketiganya, Jodoh Dari Allah. Kamu tidak mengetahui siapa jodoh kamu, lalu kamu istikharah meminta petunjuk dari Allah, lalu Allah kurniakan kamu petunjuk dan kamu bulatkan tekad lalu kamu meminang. Yang dipinang juga beristikharah selepas dipinang, lalu jika dia pun mendapat petunjuk dan bulatkan tekad, lalu menerima pinangan kamu. Langsung kamu bernikah. Lalu kamu jaga keluargamu hingga akhir hayat, lalu kamu menemui ajal. Kemudian kamu dimasukkan ke alam barzakh dan yang mengikut kamu hanya iman dan amalan kamu saja. Jika baik, maka bersenang kamu dalam kubur. Lalu dibangkit semula kamu di Padang Mahsyar, kemudian kamu menerima buku catatan dengan tangan kanan. Dan melintas titian sirat sepantas kilat. Dan masuk ke syurga tanpa hisab. Itulah SYURGA ALLAH yang tidak ada tolok bandingnya dengan segala kenikmatan di dunia ini. kamu kekal di dalamnya buat selamanya.
Sekarang, apa masalah pula kedua-dua skrip dalam filem dan skrip yang diubah suai itu dengan teori Jodoh Dari Allah bagi orang beriman? Jawapannya, kedua-dua skrip itu menggambarkan jodoh dari Allah itu berasal dari nafsu berahi yang tercetus.
Kedua-duanya, "berpandangan mata menusuk ke kalbu" dengan "cinta berputik" adalah nafsu-nafsu berahi yang bermain dalam hati. Makanya, bukanlah bernikah kerana Allah, tapi bernikah kerana cinta nafsu. Oleh itu apa lagi yang dikatakan dari Allah, sedangkan yang datang dari Allah itu segala yang baik saja, sedangkan yang tak baik itu datang dari syaiton dengan keizinan Allah sejak awal penciptaan Nabi Adam a.s. lagi.
Pernah dengar "bercinta selepas nikah"? Ha, kalau nak tahu kedua-dua "berpandangan mata menusuk ke kalbu" dengan "cinta berputik" itu kedua-duanya adalah gerak kerja selepas nikah, bukannya sebelum nikah. Kalau sebelum nikah, sudah tercetus cinta, maka apa bezanya dengan jodoh dari syaiton dan jodoh dari jin? Bukankah syaiton suka membisikkan nafsu samada ketika berpandangan mata, hingga akhirnya terputik-putik cinta?
BUT then again, ada sedikit yang kurang di situ dari sudut pandangan saya. So i came across a forum and found this instead...
Semua 'jodoh' adalah ketetapan dari Allah SWT,
Tidak ada campurtangan langsung dari selainNya.
(i)
Peranan syaitan jin dalam ehwal ini hanyalah bersifat sebagai perayu yang mengajak manusia 'kafir @ engkar' kepada ketentuan Allah SWT. Mendapatkan jodoh melalui proses yang memaksiati As Sunnah dengan apa juga cara adalah kerana 'iman Islam' indiividu itu tercabut oleh tipudaya syaitan jin mahupun syaitan manusia.
Sebagai manusia, sama ada Islam keturunan mahupun saudara baru dapatlah dikatakan 'orang Islam', dengan beriman juga diberikan akal fikiran untuk menimbangkan setiap perjalanan hidupnya, semua jalan-jalan yang diredhaiNya dan jalan yang dimurkaiNYa telah di tunjukan melalui Al Quran dan Sunnah SAW. Apabila seseorang itu lebih cenderung kepada kemaksiatan kerana 'kurang iman dan amalan Islam' yang di SunnahkanNya, ini yang dikatakan menuruti hawanafsu dan tipudaya bisikan syaitan, maksudnya sipolan itu mengambil jalan memaksiati As Sunnah maka Allah SWT berlepas tangan membiarkan ia menuruti hawanafsunya. Maksudnya; jika pun mencapai untung/kesenangan, ia hanyalah 'istidraj' atau 'di ulur-ulurkan' agar terus bermaksiat hingga lalai lalu di humban-dibinasakan jika tidak taubat.
Demikianlah jodoh itu tetaplah 'sekufu' atau sesuai dengan akhlaknya yang juga dikalangan pemaksiat juga.
Ianya memang jelas betapa 'memang jodohnya' itu tetap sebagaimana janji Allah SWT menemukan 'simaksiat menjadi kesukaan pemaksiat juga @ sekufu' disebabkan mereka sendiri yang mengambil keputusan menggunakan jalan maksiat.
(ii)
Bersangkutan ehwal: yang disebutkan oleh tuan rumah:
padahal bagi orang beriman, untuk dapat petunjuk dari Allah berkenaan dengan jodoh, jalannya adalah ISTIKHARAH.
Pada hemat saya,MAAF; ia kelihatan kurang tepat.
Boleh dikatakan kebanyakan orang akan melakukan solah-doa Istikharah apabila membuat keputusan tentang nikahkahwin, dan rata-rata beranggapan amalan ini adalah sebagai jawapan atau pemberian 'keputusan atau pertanda dari Allah SWT'; yangdengan itu juga sebagai mesti untung !!!
sebenarnya ia sekadar andaian atau pemahaman yang tidak menepati kepada maksud solah/doa istikharah berpandukan Sunnah SAW. kerana itu, ada ramai juga orang yang berani menyatakan 'kesalahan kepada Allah SWT' apabila perkahwinan mereka gagal, dan berkata seumpama menyesali;...aku dah istikharah dah, kenapa begini atau begitu ???
Solah dan doa Istikharah adalah Sunnah SAW, pada hemat saya apabila sesorang hendak melakukan sesuatu pekerjaan atau membuat sebarang keputusan; TIDAK ADA DOA YANG MENYATAKAN 'TUNJUKANLAH AKU TANDA @ ILHAM BAIK ATAU BUROK' melalui mimpi atau ilham dalam Istikharah, sebaliknya: ia adalah:
amalan yang dianjurkan dibuat bagi Mukmin selain/jika tidak dengan jalan bermesyuarat.
Doa berkenaan ( bermaksud antara lain ):
... meminta Allah SWT menyegerakan kebaikan jika keputusan itu mendatangkan kebaikan untuk Agama dan diriku (pemohon),
dan meminta dijauhkan atau ditangguhkan jika keputusan membuat keputusan/pekerjaan itu mendatangkan keburukan atau kerugian untuk agama atau diriku ( pemohon ). Dan memohon agar Allah SWT meredhai keputusan yang kita perbuat/kerjakan.( nota: Mana mungkin Allah SWT redha dengan kebaikan yang memaksiati Allah SWT, dan melaksanakan nikahkahwin juga berlangsung memaksiati As Sunnah, maksudnya, setelah usaha dengan cara yang engkar/maksiat lalu kita meminta Allah SWT redha dengan jalan itu, ini memang tidak harus ? Na'uzubillahiminzalik )
Lazimnya pula;
Selepas solah dan doa itu dibuat, pemohon itu harus memutuskan keputusan menurut mana yang 'berat' pada akalfikiran atau hati untuk di ikuti, maka itulah keputusannya. ( nota: Keputusan pekerjaan yang dibuat 'memanglah dari Allah SWT' kerana kita sebagai hambaNya 'yang tiada daya upaya melainkan Allah sahaja'.
Sebaliknya, jalan membuat keputusan adalah bergantung kepada 'iman dan amalan' diri yang memohon, walaupun ia melakukan Isitikharah, sedangkan jalanan ( kebiasaan ) kehidupannya adalah amalan kemunafikan atau kefasikan, maka keputusan yang dibuat adalah sejajar dengan 'hati orang-orang munafik atau fasik'.
Allah SWT Maha Adil Lagi Maha Bijaksana, lagi Pemurah tidak menghampakan setiap permohonan hambaNYa, jika hambanya itu yang cenderung kepada amalan maksiat, maka keputusan dari 'iman Islam' ahli maksiat TETAP tidak dapat berubah menjadi sebagai keputusan seorang Mukmin.
Dengan itu, jika kegagalan dari pandagan mata kita selepas keputusan dibuat bukanlah kerana Allah zalim, sebaliknya itulah keputusan dari 'iman dan amalan kita' sendiri yang Allah perkenankan. Jika kita berada dikalangan Mukmin, maka apa-apa natijah kejayaan/kebahgiaan nya adalah sesuai dengan amalan kita sehari-hari dan sentiasa pasrah dan redha, baik susah atau senang. Inipun keputusan atas iman dan amalan benar sebagai Mukmin.

So, my conclusion is, ambil yang jernih buang yang keruh...hehehe meaning ambil yang elok2 sahaja. Jangan main percaya sahaja bulat2 apa yang kita dengar. Sentiasa belajar dan mendalami ilmu agama sesungguhnya tiada sesiapa yang sangat mahir sehingga dia tahu segala2nya. I'm going to ask my ustaz more on this. Cheerio. ;]
8 comments:
wah.terima kasih sbb tips nie.. XD
x pernah plak tau pasal bab2 nie..hehehe..jahilnye yek.. :D
heheheh welcome dear...i pon byk lagi benda yang tak tahu..sama2lah kita kongsi
hoping for a good wife in the future :)
fitri:insyALLAH..amin..bykkan doa, jaga diri kita utk deserve seorg isteri yang baik jugak...amin...;]
subhanallah.. terima kasih atas perkongsian ilmu.. semoga mendapat manfaat dari setiap ilmu yang dikongsikan... syabas atas keprihatianan saudara terhadap isu jodoh ni...
zul:sama2..kita kongsi apa yang kita tahu..dan belajar apa yang kita tak tahu..insyAllah...
Terima Kasih atas Usaha anda untuk jelaskan hal ini...saya juga tengok babak ni.... saya pon tertanya2... kemudian try search internet...tak jumpe jawapan sehingga baca page ni.....
ismail:alhamdulillah, kerana entry saya ni dpt membantu anda..:] sama2 kita kongsi apa yang kita tahu dan bertanya apa yang kita tak tahu.. thanx sebab sudi menjengah.:]
Post a Comment