Friday, October 8, 2010

Playboy Dihukum

2010/10/08

JAKARTA: Bekas ketua pengarang majalah Playboy Indonesia bersedia memulakan hukuman penjara dua tahun kerana menerbitkan gambar wanita berpakaian tidak senonoh, kata peguamnya semalam. 

Ogos lalu, Mahkamah Tinggi mendapati Erwin Arnada bersalah kerana melanggar undang-undang perbuatan sumbang di negara majoriti Islam itu. Dia dihukum penjara dua tahun.


Walaupun Arnada menafikan kesalahan, dia akan mematuhi keputusan itu sambil melancarkan rayuan akhir, kata peguamnya, Ina Rahman. Bekas pengarang itu bercadang menyerah diri ke Pusat Tahanan Jakarta.
Indonesia, negara sekular paling ramai penduduk Islam di dunia, memiliki kebebasan media dan sejarah toleransi, walaupun pelampau kecil terpinggir menjadi lebih berani sejak kebelakangan ini. 

Arnada berdepan bantahan nyata daripada versi kurang lucah majalah Amerika itu yang menghiasi gerai berita pada 2006. Dalam tempoh beberapa minggu, anggota Barisan Pertahanan Islam tegar menyerbu pejabat majalah itu di Jakarta Selatan. – AP


Sumber: Bharian Online

P/s: Malaysia tak ada any act on pornografi kan? I think they ought to have one laa...

2 comments:

Unknown said...

uh?? Malaysia also dah ada PlyBoy ker???!!! Aduih!! how to let Arees out of the house like this???? @_@

I agree with what they have done in Indonesia but the punishment needs to be a little more severe dont u think??? Like maybe gantung sampai mati!!!??? ngeh ngeh ngeh

cu734ngel said...

malaysia takder lagi..but kita ada banyak vcd and sex vid...ehehehe kurung dia dalam rumah..jaga elok2 anak menantu i tuu...eheheheh :p waa..bout the punishment, gantung sampai mati????gantung lesen menerbit and menjual video???hehehehe